SELAMAT DATANG

"SELAMAT DATANG KE MU'AZ MUJAHID"

Saturday, 16 January 2010

Kejayaan Manusia dalam Agama

Kejayaan manusia dalam agama,taat perintah Allah,ikut sunnah Nabi Muhammad (S.AW).Ikut Sunnah berjaya,tak ikut sunnah gagal.Dunia sementara,akhirat kekal abadi.Mati bawa iman,walaupun sebesar zarah,Allah bagi syurga 10 kali dunia.Mati tanpa iman,walaupun seluruh dunia ini dia yang punya,jangankan syurga,bau syuga pun tak dapat.

6 perkara yang perlu kita usahakan.

  1. Kita hendaklah usahakan atas hakikat kalimah lailahaillah muhammadurrasulullah.


  2. Kita hendaklah usahakan atas hakikat solah kusyuk dan khuduk.


  3. Kita hendaklah usahakan atas hakikat ilmu dan zikir.


  4. Kita hendaklah usahakan atas hakikat iqran muslimin.


  5. Kita hendaklah usahakan atas hakikat ikhlas niat.


  6. Kita hendaklah usahakan atas hakikat mujahadah fisabilillah.

Friday, 8 January 2010









islamic wallpaper MySpace Layouts Gallery!
Create Your Own Layout Here!





MySpace Layouts

Kejayaan manusia dalam

Saturday, 3 October 2009

Ujian Dasyat Terhadap Iman

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.(H.R.Muslim)

Friday, 2 October 2009

Penyakit Umat

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

Golongan yang akan menjadi Penghuni Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".(H.R. Muslim)

Lahirnya Imam Mahadi

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku". (H.R Termizi)

Malaysiakini

The Weather Channel

Berita Semasa