SELAMAT DATANG

"SELAMAT DATANG KE MU'AZ MUJAHID"

Wednesday 17 June 2020

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan sebuah universiti yang terletak di pantai timur iaitu negeri Terengganu Darul Iman. UniSZA mungkin kurang dikenali ramai tetapi banyak tokoh-tokoh ilmuwan yang lahir dari pendidikan disini. Dahulu UniSZA dikenali sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA adalah antara pusat pendidikan agama yang agak terkenal di Malaysia pada zamannya. Seterusnya KUSZA bertukar nama kepada Universiti Darul Iman (UDM). Akhir sekali barulah UDM bertukar nama kepada UniSZA seperti yang dikenali sekarang.

 Di UniSZA, sangat banyak pengalaman, ilmu dan kenangan yang boleh kita boleh perolehi. Fasiliti yang kondusif iaitu kelengkapan pembelajaran yang cukup. Kedudukan UniSZA yang berdekatan dengan bandar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Akhlak mahasiswa/wi yang berbudi pekerti dan bersopan-santun. Pensyarah yang terdiri daripada pakar-pakar bidang masing-masing. Suasana agama Islam yang kuat diamalkan warga UniSZA. Pelbagai lagi kelebihan yang terdapat di UniSZA yang tidak dapat dituliskan disini dek kerana banyaknya. 

Akhir sekali, motto UniSZA iaitu "Ilmu Demi Faedah Insan" sangat menjadi inspirasi warga UniSZA. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu di UniSZA.